CANTIK DISETIAP PERINGKAT USIA




Penjagaan menjelang 20an
Ya, kulit anda masih tegang dan kurang bermasalah ketika 20an. Namun ini tidak bermakna anda boleh sambil lewa mengatasi kemunculan pigmentasi. Mencecah umur 20 tahun, pakar dermatologi percaya tanda-tanda jerawat , jeragat atau melasma (muncul sewaktu hamil atau kesan daripada pil perancang kehamilan) akan mula kelihatan. Banyakkan pembacaan dan bertanya sebelum anda membuat apa-apa keputusan yang berkaitan dengan kesihatan kerana ia memberi impak yang besar di masa depan. Ketahui langkah asas penjagaan!

Penjagaan menjelang 30an
Semakin matang, semakin banyak tanggungjawab. Hindari stress. Rasa bimbang yang berterusan, baik kerjaya atau keluarga selalunya menjadi penyebab kerosakan kulit. Peringkat umur 30 tahun, hiperpigmentasi berkait rapat dengan tekanan. Emosi yang terganggu dan keletihan tidak cukup waktu rehat dan me time. Rutin penjagaan semakin cincai (terkejar-kejar masa) skin barrier menjadi lemah.

Penjagaan menjelang 40an
Menjangkau umur ini ramai wanita mengabaikan pil tambahan apatah lagi rutin kecantikan kerana masa banyak dihabiskan untuk membantu hal anak-anak. Walaupun kestabilan hormon dan melasma di bawah paras normal dan terkawal, peringkat ini semestinya dihabiskan dengan rutin kecantikan. Disarankan anda memilih produk penjagaan yang mengandungi ramuan Pitera dan Hyaluronic Acid agar kulit lebih sekata dan menghalang masalah pigmentasi.

Penjagaan menjelang 50an
Kembalikan sinar ketika usia mula menjangkau 50-an. Kesan menopaus sama buruknya dengan pil perancang kerana menyebabkan masalah hormon tidak seimbang sehingga menimbulkan pigmentasi kulit. Kulit juga mulai kering, sensitif dan kusam. Saranan kami, ramuan anti-aging dan antioksida membantu menghentikan lebihan melanin malah menyerikan kulit.

Penjagaan menjelang 60-an
Ketika ini, wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami perubahan warna kulit jika anda mengamalkan pengambilan ubat antihipertensi. Ini juga boleh meningkatkan tahap sensitiviti matahari, atau estrogen. Kesimpulannya, doktor menasihatkan agar penggunaan pelembap serta sunblock dipakai setiap hari dengan produk antipenuaan yang menenangkan dan selamat.

Nadasutra kan ada...