HEALING CRISIS???



Bila skin breakout atau tiba-tiba jadi sensitif tak tentu hala , semua produk kita syak keliru jadinya.
Selain daripada periksa keadaan persekitaran , faktor kebersihan , kesihatan tubuh badan/hormon , tabiat tidur , makan minum , amalan ubatan dan sebagainya perlu juga double check step penggunaan produk dan fungsi produk itu sendiri.
Setiap produk ada kelemahan dan kelebihan bagitu juga dengan skin kita sendiri. .

Contoh ada skin yang tak boleh toleransi dengan AHA atau BHA sedangkan bahan tersebut ada manfaatnya. Begitu juga dengan vitamin C atau bahan dari hasil marin seperti rumpai laut , tulang sotong dan sebagainya. .

Paling mudah faham lihat saja kita masing-masing yang berbeza kegemaran. Ada orang suka sayuran dan buah-buahan manakala ada orang tidak suka langsung walaupun tahu makanan tersebut berkhasiat. Malah ada yang alergi dengan sesetengah buah atau sayur. .

Jadi bila skin breakout selepas beberapa tempoh pamakaian produk tertentu, berhenti menggunakan!
Restkan skin. Rehatkannya daripada penggunaan makeup seperti fondation (bb,cc,dd cream)blusher , eyeshadow , concealer , mascara dan lipstik. Tapi jangan pula rehat dari rutin penjagaan kulit wajah. Skin tetap harus dibersihkan , dicuci dan dilembapkan. Cari pencuci yang mild and gentle (lembut pada skin) . Langsung tak mengandungi sls , sles berbuih-buih tu dan tak berciri memutih. .

Nota : Sementara belum jumpa tu, ambil tuala muka lembut basahkan dengan air biasa dan lap lembut seluruh wajah. Dapatkan hydrating lotion sebab ia mengandungi HA-Hyaluronic Acid. HA ni kelebihannya boleh diterima oleh apa jua jenis kulit termasuk yang berjerawat. .

Kesimpulannya , restkan skin bukan bermakna skin tak perlukan pencuci muka dan pelembap. Restkan skin bermaksud hentikan aktiviti bersolek. Hentikan penggunaan produk yang mendatangkan iritasi atau breakout tersebut. .

Bagaimana pula dengan sunscreen?
Ya, sunscreen juga boleh mendatangkan iritasi dan breakout (tak sesuai -alergi) tapi WAJIB ada jadi kena cepat-cepat dapatkan yang baru. Dapatkan sunscreen jenis ringan dan tak terlalu melekit. Perhatikan kandungan alcoholnya (pastikan ianya paling sedikit) atau BEBAS alcohol.