Siapa tahu apa itu Lab Test report ???



LAB TEST report adalah laporan penuh dari makmal bagi memastikan sesuatu produk itu bebas dari mengandungi kimia beracun contohnya seperti MERCURY PLUMBUM, CADMIUM, ARSENIC dan lain-lain.
Bahan kimia beracun tersebut boleh merosakkan kulit wajah malah menjejaskan kesihatan pengguna produk tersebut banyak kes melibatkan kegagalan organ dalaman dan kanser.

Lab test report ini tidak boleh menipu! Apa saja sample produk yang dianalisis akan dibuka satu persatu tanpa dapat diselindungi. Sebab itu tidak banyak pengusaha produk kosmetik berani menghantar produk mereka untuk buat LAB TEST ya. NOMBOR NOTIFIKASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (NOT KKM) juga memang perlu ada sebab tanpa NOT KKM sesuatu produk itu tidak boleh dijual secara komersial.

Bagi kebanyakan pengusaha produk, LAB TEST ini prosesnya renyah paling tak best ia melibatkan kos yang agak tinggi. Dah la kena hantar sample mengikut batch, bahan kandungan di dalam produk juga wajib diberitahu secara bertulis dengan kata mudah perlu ada black and white sepertimana yang tertera pada packaging atau kotak yang dijual = dah 100% siap untuk dijual ya.
Ujian yang dijalankan mengambil masa dan malah mungkin ada ulangan ujian lab - LAB TEST sekiranya MAKMAL tersebut tidak berpuas hati dengan kandungan atau penjelasan yang diberi oleh tuan empunya produk tersebut.

Selepas ujian LAB TEST diperolehi, pihak makmal akan mengeluarkan COA atau dikenali sebagai CERTIFICATE OF ANALYSIS bagi mengesahkan kandungan bahan kimia yang terdapat dalam produk tersebut. Semuanya dijelaskan dan ditulis secara terperinci mengikut AKTA RACUN NEGARA 1952.
Inilah yang digeruni oleh kebanyakan pengusaha produk timbang kilo yang hanya memikirkan duit dan keuntungan semata mata kerana keputusan LAB TEST akan keluar sebijik-sebijik dan tidak boleh ditipu.

Para pengguna wajib bertanya tentang LAB TEST sesuatu produk dan bukan hanya meminta TESTIMONI semata mata.

Lab Test ke atas setiap satu produk Nadasutra Skincare yang berada di dalam set ini telah djalankan secara berasingan seperti berikut :

1.Nadasutra Perfect Hydra Beauty Cream Spf 35 - COA Lab Test No PRN2018/572

2.Nadasutra Perfect Hydra Calming Moisturizing Gel - COA Lab Test No PRN2018/573

3.Nadasutra Perfect Hydra Soothing Cleansing Gel - COA Lab Test No PRN2018/574

4.Nadasutra Perfect Hydra Magic Essence - COA Lab Test No PRN2018/575

PENGUSAHA PRODUK YANG JUJUR UNTUK KESEJAHTERAAN PENGGUNA YANG BIJAK.

Semoga bermanfaat untuk semua