SPF???




SPF adalah singkatan SUN PROTECTION FACTOR

KENAPA KENA PAKAI SUNBLOCK?

Sebab ia melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang berbahaya sekaligus mengurangkan risiko masalah kulit seperti jerawat, jeragat malah kulit menipis dan sunburn.

SUNBLOCK ADA TERTULIS SPF15, SPF30, SPF50 MANA YANG LEBIH SESUAI?

SPF kiraannya merujuk kepada seberapa lama dan seberapa kuat ia boleh melindungi kulit kita.
Contoh SPF15 tolakkan satu (15-1)/15 iaitu 0.93. Maknanya 93% keupayaan sunblock tu dapat lindungi kulit dari sinar UV dan seterusnya.

Setiap warna kulit berbeza maka berbeza juga pertahanannya terhadap sinar UV.
Untuk kulit PUTIH biasanya hanya boleh bertahan selama 10minit.
Kulit KUNING LANGSAT 15minit.
Kulit SAWO MATANG 20minit.
Jadi semakin GELAP warna kulit kita semakin kuat ia MAMPU bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen MELANIN yang TINGGI.

Jadi tak perlu nak putihkan seputih-putihnya kulit tu dengan merisikokan kesihatan dan nyawa. Bersyukurlah kerana tidak ada apa yang Tuhan ciptakan tu sia-sia. Ok, sambung!

APA MAKSUD UVA/UVB?

UVA adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit dan menyebabkan kulit menjadi tua seperti berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.

UVB adalah sinaran yang tidak boleh menembusi lapisan kulit. Ia menyerang lapisan luar kulit saja dan itulah yang menyebabkan kulit kita terbakar (sunburn). Oleh itu wajib dapatkan sunblock yang tertulis kedua-dua UVA/UVB.

BAGAIMANA PULA JIKA IANYA TERTULIS PA+++ SAJA ?

PA adalah kiraan untuk UVA. +++ bermaksud kadar keupayaan UVA untuk melindungi di dalam sunblock tersebut.
Jika ia hanya tertulis PA+++ jelas ia tidak mempunyai pertahanan UVB.
Jika anda tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari (dalam rumah/bangunan redup) atau terdedah sekejap-sekejap saja (kurang 4jam) SPF15 sudah mencukupi.
Jika anda terdedah lama SPF30 sudah memadai. Melainkan kulit anda TERLALU CERAH anda perlukan SPF50.

Nota :

Beza SPF cuma jangkamasanya saja. Keupayaannya dalam melindungi adalah lebih kurang sama. Tak semestinya anda memerlukan SPF yang tinggi. Elak rosakkan kulit dengan SPF yang tinggi sedangkan ia tidak perlu.

BOLEHKAH JIKA SAYA MENAMBAH SUNBLOCK SEMASA MENGGUNAKAN DAY PROTECTION SPF35 NADASUTRA?

Boleh mengikut keperluan dan kesesuaian kulit anda .

#nadasutra #skincare