SUNBURN




SUNBURN adalah proses dimana kulit boleh terbakar menjadi kemerahan-merahan disebabkan ketidakupayaan kulit menahan sinaran matahari (radiasi ultraviolet) yang terik. Ianya boleh terjadi sekiranya anda berada di bawah panas cahaya matahari dalam jangka masa yang panjang semasa berada di luar atau melakukan aktiviti luar. Kerosakan kulit akibat daripada sunburn akan mula kelihatan dalam masa 24 jam.

3 TAHAP SUNBURN
1. Sunburn Tahap Pertama

Sunburn pada tahap pertama ini dianggap sunburn tahap ringan kerana ianya hanya akan mengalami kulit kemerah-merahan dan disertai dengan rasa sakit dan perit sedikit ketika menyentuh bahagian kulit yang terbakar. Ianya mudah dirawat dengan cara yang tertentu dan tidak akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

2. Sunburn Tahap Kedua

Pada sunburn tahap kedua ini, gelembung cecair akan terjadi selain kulit akan kelihatan kemerah-merahan seperti tahap pertama. Pada tahap ini juga ia akan disertai rasa sakit serta berasa perit. Malah akan terdapat kesan luka dan parut selepas gelembung tersebut pecah.

3. Sunburn Tahap Ketiga

Sunburn pada tahap ketiga ini sangat berat dan memerlukan anda berjumpa dengan doktor pada kadar segera untuk mendapatkan rawatan lanjut dan permerhatian doktor sepenuhnya. Pada tahap ini kulit bukan hanya menjadi kemerahan, malah boleh menjadi bengkak dan mengelupas. Kesan ini juga akan membuatkan anda berasa sakit apabila sesuatu tersentuh kulit.

Elakkan berpanas dalam tempoh yang panjang terutama tanpa perlindungan sunblock!
Kulit sentiasa dilembapkan untuk elak dehidrasi.
Jika alami sunburn yang teruk sila berjumpa doktor dan elakkan penggunaan sabun apatah lagi produk penjagaan yang mempunyai bahan pemutih dan kimia keras yang boleh menghakis lagi mengeringkan seperti hydroquinone dan alcohol misalnya. Ia akan memburukkan lagi keadaan.

#nadasutra #skincare #labtest #kkmapproved#hydrating #calming #soothing #rejuvenating#firming #tightening #pHbalanced