TAHUKAH ANDA.....




Kulit yang paling ATAS (epidermis) terdiri daripada LIMA LAPISAN sel kulit. Sel kulit yang baru terbentuk di lapisan yang paling bawah dipanggil LAPISAN ASAS. Dalam tempoh 28 hari, sel kulit daripada lapisan berkenaan akan BERGERAK ke ATAS, menjadi semakin leper dan akhirnya membentuk sel KULIT MATI. Sel kulit mati menyebabkan permukaan kulit nampak KUSAM, tidak bermaya, ton tidak sekata, terasa kasar dan PORI-PORI BESAR serta tersumbat.

MENCUCI ialah langkah paling penting untuk menghilangkan kotoran dan lebihan minyak yang terdapat di permukaan kulit. Ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bagi kulit yang terlalu berminyak, boleh cuci lebih daripada dua kali. Penting untuk kita menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit muka.

MENGAPA penting untuk menggunakan pencuci muka yang tidak bersabun dan mesti mengikut jenis kulit? Secara semula jadi terdapat lapisan sebum (minyak) yang dipanggil faktor pelembapan semula jadi (NMF) di atas permukaan kulit (epidermis). NMF dihasilkan oleh kelenjar minyak yang terdapat di lapisan kedua kulit iaitu dermis. Fungsi NMF adalah untuk melindungi air yang terdapat di dalam lapisan epidermis daripada tersejat keluar bagi mengelakkan kulit menjadi kering.

PENCUCI muka yang bersabun mengandungi sodium laureth sulphate (SLS) yang menyebabkan NMF hilang. Jenis kulit yang berbeza menghasilkan jumlah minyak yang berbeza. Penggunaan pencuci muka yang tidak sesuai dengan jenis kulit juga akan menyebabkan NMF hilang.

PENYEGAR juga berfungsi mengetatkan liang pori kerana waktu mencuci muka, liang pori akan terbuka. Fungsi penyegar yang paling penting ialah menyediakan kulit untuk menerima produk yang seterusnya dalam rangkaian penjagaan kulit seperti serum atau pelembap. Semua kebaikan yang terkandung di dalam serum atau pelembap dapat diserap ke dalam kulit secara optimum dengan adanya penyegar.

PELEMBAP mesti digunakan setiap kali selepas mencuci muka. Fungsi pelembap ialah memberi keseimbangan lembapan dan air kepada kulit.
Jika kulit dibiarkan tanpa pelembap, ia akan memberi reaksi yang tidak diingini. Kulit kering akan menjadi terlalu kering dan berminyak akan lebih berminyak #nadasutra #skincare #labtest