STRESS



Stres boleh berlaku disebabkan pelbagai tekanan yang terjadi di sekeliling kita. Ia juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.

Melatih diri berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri. Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.

Kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan.

Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda.

Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran tindakan yang bersesuaian untuk menangani stres anda.

Stres bukanlah punca utama kepada kulit wajah yang bermasalah. Tetapi stres menggalakkan pertumbuhan jerawat!