TIPS DARI MAK BEE



Ramai yang tidak tahu, sebenarnya jika kita mengurut wajah dengan betul ia membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di kulit wajah. Urut wajah secara membulat daripada bahagian bawah ke atas dengan perlahan-lahan. Boleh juga mulakan daripada leher dari bawah menghala ke atas. Dengan cara ini, aliran darah pada wajah lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan. Cubalah ubah cara mencuci wajah hari ini dan lihat hasilnya dalam masa satu minggu, sebulan dan setahun ! Oh ya, pastikan bahan pembersih dan pencuci wajah benar-benar selamat serta tidak mengeringkan. .

NO MORE LAP DENGAN TUALA

Selepas mencuci wajah, sebaiknya biarkan wajah kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan wajah kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci wajah menyebabkan kulit wajah tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci wajah. Aduh, ruginya pencuci dah berkualiti tapi tak dapat manfaatnya. Mahal pulak tu huhu.

RAJIN-RAJINLAH PAKAI SHEET MASK

Selepas mencuci muka, selalulah gunakan topeng kecantikan - sheet mask untuk muka bagi memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya, topeng muka itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti hyaluronic acid, kolagen, vitamin e dan sebagainya.

NADASUTRA SKINCARE
Love your skin more

#nadsutra #skincare #labtest #kkmapproved