CERITA MAK BEE ITU DAN INI


AMARAN : Jangan baca kalau tak suka membaca sebab post kali ni memang panjang berjela .
Jarang jarang sangat update pasal bisnes , pasal keje seingat batu jemala patik ni macam takde je . Tapi hari ni naluriku berkata cerita la sikit . Baik . Mak turutkan .
Kalau imbas kembali sejarah penubuhan facebook mak yang baru beberapa tahun wujud ni macam tu jugalah bisnes yang mak jalankan (skin care) baru beberapa tahun . Masih mentah bak kata orang tua , masih berhingus lagi .
Ramai je kawan yang ada sekarang kenal melalui facebook ni dan ramai je yang jadi kawan asbab beli produk yang syarikat kecil-kecilan mak ni jual . Dorang cari mak dekat media sosial sebab nak kenal mak lebih lagi memandangkan dah bertahun dorang pakai produk nadasutra tapi tak kenal tuannya .
Ada juga yang memang dah kawan dengan mak , dah jadi pengguna produk mak tapi jadi silent reader je selama ni .
Apapun alasan , untuk yang sudi jadi kawan mak , untuk yang beli produk , untuk yang ajak kawan-kawan , ahli keluarga , suami isteri dia beli produk nadasutra , dari hati mak yang ikhlas sepenuhnya mengucapkan ribuan terima kasih .
Mak hargainya . Sungguh . Sayang korang huhuhu jap .
Ya , mak tak sepopular mana . Satu , sebab mak tak percaya dengan bad marketing (viral dengan cara yang pelik pelik tak bermoral , viral sebab kecaman) yang ramai pilih sebab pepatah moden orang bisnes "bad marketing still a good marketing" .
Dua , sebab syarikat mak kecil-kecilan je obviously takde modal berjuta even ratus ribu untuk boost iklan di media tv atau menaja sana sini .
Nak dijadikan cerita pasal modal la kan , setengah juta tu (back-up money) sepatutnya ada tapi sebab mak dah kena "kencing" waktu settlekan payment production (sepatutnya mak bayar separuh je) mak bayar semua 100% tunai sendiri .
Dengan raw ingredients , packaging semua premium perghh..!! Nak terjojol mata mak masa tengok angka yang tertera sebelum bayar (pertama kali) , otomatik telan air liur rasa pasir .
Untuk pengetahuan korang syarikat mak takde buat loan pada mana-mana bank pun. Semua dengan duit simpanan peribadi . Jadi mak iklankan pun secara kecil-kecilan la hihihiii . Tak mampu nak menaja . Hahaha
Tension juga modal kemain dasat , part iklan tak dapat yang dasat dasat fenin dibuatnya . Ya , rasa tertekan juga . Tapi mak tau , mak kena sabar . Mak yakin , bisnes mak bukan scam pun . Bukan jual barang tah hapa hapa , buat apa mak nak takut .
Ada riban riban (cukup cukup makan je ) pun kena behave nak bayar keliling (krew syarikat) . Untung bahagian modal tak boleh usik sebab nak rolling kenn dengan harga pun premium perghh sebab tu la sampai sekarang produk ni takde yang fake agaknya .
Mak rasa orang nak copy paste pun fikir berapa dorang kena standby cash untuk modal , dah la kena buat dalam bentuk set .
Pulak tu formula , raw ingredients , proses , botol , printing , sponge , kotak , hologram sticker , design even plastic wrap semua buat tempat lain-lain . Bukan satu tempat datang tinggal tunjuk je nak macam itu nak macam ini . Lepas tu siap seketul seketul bayar dan tinggal jual je . Nehii nehiii , tidak sama sekali .
Itulah hikmahnya produk mak buat set je .
Walaupun ramai pengguna setia bising sebab tak ada loose item , tapi kepentingan dorang terjaga . Dorang takkan terbeli yang fake walau macam mana pun .
Ini memang mak berani jamin . Insyaallah .
Oh , tahun pertama memang naif gile . Tengok balik cara mak munculkan diri , perkenalkan produk memang kelakar . Masa tu la baru nak belajar guna facebook , instagram hahaha. Terkial-kial tau .
Dari mula mak setuju buat bisnes ni mak tak terbayang pun yang mak kena sama up dengan produk .
Sebab dah jadi trend dekat Malaysia ni , produk kena sama up dengan founder (terutamanya produk kosmetik)
Mak anggap mak ni usahawan kecil-kecilan je yang menghasilkan produk sendiri kemudian jual sendiri (independent) .
Rata-rata tak percaya dan tak nak beli kalau founder dorang tak kenal , macam tak yakin . Tu la masalahnya hahaha .
Mak tak terfikir kena buat video atau live promot produk (tak reti) . Share benda benda menarik dalam hidup mak untuk tarik minat orang pada diri dan produk (tak reti) . Dah la life mak biasa-biasa je .
Mak ni selfie pun malas. Nak berOOTD hari-hari jauh sekali . Hidup senyap biasa-biasa . Bukan spesis sibuk dengan enpon atau gajet (lappy , ipad , komputer) asalnya .
Mak suka layan movie , layan lagu dengan baca buku (buku kat rumah je dah satu bilik layak ada library la mak ingat) . Sekali sekala lepak cafe layan latte dengan kek favorite mak . Tu je la life mak sebenarnya . Tak ada apa yang nak dikongsikan . Apalah yang nak diiklankan sangat diri mak ni hahahh .
Penjenamaan produk adalah berkaitan dengan iklan , iklan , iklan dan kuasa media sosial . Kalau produk bagus 100 kali ganda kuasa bulan pun orang tak kenal produk kau , tak kenal kau , kau nak jual dengan siapa ? Ayam ? Katak pisang ?
Penjenamaan bukanlah murah dan mudah tanpa publisiti . Ya , publisiti .
Jadi usahawan atau founder pun besar tanggungjawabnya . Perlu bawa sekali imej syarikat . Imej produk . Kena ada personaliti . Tatasusilanya . Bukan main hentam buat gila kat mana mana .
Mak masih belajar dan belajar ..mentah lagi .
Mujur mak minat jugaklah fesyen , makeup ..semua mak pakai dan buat ikut keselesaan apa adanya . Tak perlu hire P. A , jurusolek atau penasihat fesyen .
Sebanyak mana pun demand pengguna sukakan founder yang begitu dan begini (normal kat Malaysia) bagi mak , biarlah produk yang dikenali . Itupun sebab kualiti .
Jimat duit selagi boleh jimat , maklumlah duit susah nak masuk nak keluar kejap je . Mak belum tahap boleh sarapan kat Paris lunch kat Manhattan dinner kat Dubai .
Misi nak kumpulkan sebanyak mana modal untuk hasilkan produk yang lebih baik seterusnya dan luaskan lagi pasaran . Mak nak buktikan yang tak semua produk tempatan kita ni sampah atau so so je .
Paling penting mak nak hasilkan lebih banyak produk yang betul-betul bantu orang hadapi masalah dorang . Mak nak bantu orang .
Mak nak orang gembira dengan diri dia . Macam mana painkiller boleh bantu orang hadapi kesakitan kejap tu juga , mak nak produk mak bila orang pakai kejap tu juga dia rasa teruja rasa ada harapan .
Mak nak orang kenal produk mak , tak kenal mak langsung pun takpe .
Mak nak orang ingat feel dia bila pakai produk mak . Bukan ingat iklannya semata-mata .
Mak nak produk mak kekal dalam pasaran biarpun kelak mak dah tak ada lagi .
Mak nak produk mak terus wujud dari generasi ke generasi .
Mak nak bila orang fikir skin care orang akan terfikir Nadasutra .
Macam mana orang terfikir ubat gigi - Colgate , minyak angin - Minyak Cap Kapak , antibiotik - Panadol , kicap - Cap Kipas Udang , serbuk kari - Babas , sabun baju - Dynamo , peluntur - Clorox , teh - Lipton haaa habis semua mak nak .
Saba ye , jangan marah mak pulak . Ni impian mak .
Untuk itu mak harus bertabah . Dengan kos hidup hari ini makin tinggi , harga barangan mentah juga makin tinggi , modal mak makin tinggilah .
Boleh mak nak jual produk murah , mak borong je bahan murah . Mak kurangkan bahan berkualiti atau tak payah letak yang berkualiti , mak letak bahan biasa-biasa je . Janji ada rasa bila orang letak kat muka .
Tapi hati mak takkan senang . Jiwa mak takkan tenang . Mak takkan boleh tidur malam . Mak rasa terhutang .
Lambat laun orang akan sedar juga . Mak sentiasa akan bimbang .
Mak juga harus tabah bila founder semua dikecam , founder dikata tak jaga kebajikan pengguna , founder tau nak untung je , founder jual produk sampah itu sampah ini sampah ...itu tipu ini tipu...tak pasal pasal ada segelintir yang pukul rata kata produk tempatan semua sama . Semua . Semua ?
Kemuncak datang satu musim (mujur musim tu dah berlalu) berbulan senyap sunyi tanpa dm , pm dan WhatsApp .
Shopee pun krikkk krikk , krikk krikkkk . Ada pun hanya dari regular (pengguna setia) yang dah bertahun beli (mujurlah) .
Kami semua sampai terfikir "sampai sini je ke ?"
Letusan kebencian dan api marak kemarahan ramai orang yang rasa tertipu , menanggung sakit , kerosakan , malu , tertekan , kerugian wang ringgit , masa dan tenaga jadi tak terbendung .
Satu suara jadi sepuluh , seratus , seribu , ratusan ribu dalam sekelip mata . Sehingga semua produk tempatan yang takde kena mengena pun terkena 'getahnya' .
Sedangkan sebanyak mana produk tempatan yang tak berkualiti sebanyak itu jugalah wujudnya produk yang berkualiti .
Bezanya produk-produk ini tidak ada modal besar untuk pengeluaran , pengiklanan dan publisiti yang gempak . Semuanya masih bertatih-tatih bermula dari zero nak capai ke hero .
Mereka ini tergolong dalam golongan usahawan yang berusaha sehabis daya , perah otak dan keringat malam ke pagi untuk tambahkan lagi kualiti produk dan kembangkan lagi peniagaan .
Kami hanya mahu usaha dan hasilkan yang terbaik saja .
Apapun , janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga ya . Tak semua orang sanggup menipu untuk cepat kaya . Tak semua .
Dalam pada itu ....
Diam . Sabar . Fokus .
Sampailah satu ketika ...kala angin sepoi sepoi bahasa
selepas musim founder dan produk tempatan dikecam teruk tiba satu hari bermulalah pm , dm dan WhatsApp masuk tanpa henti . Hampir setiap masa . Bertanyakan itu ini dan beli .
Ironinya yang bertanya dan menjadi pengguna nadasutra kini adalah bekas pengguna setia produk-produk yang dikecam tadi .
Wajah mereka bermasalah dan mereka buntu mencari produk penjagaan yang sesuai .
Mereka juga dah cuba pelbagai produk yang bukan tempatan (sebab serik) tapi tertarik pula untuk mencuba nadasutra (sebab tak ada perubahan pakai produk import) selepas mendapat tahu dari saudara , rakan sekerja , ahli keluarga , review positif di media sosial (page , facebook , ig dan YouTube) mengenai produk ini .
Terkejut dengan kesibukan luar biasa namun kami dapat tanganinya dengan baik . Lega .
Pengguna tegar yang sekian lama senyap (silent audience dan silent reader) semakin ramai yang bersuara dan berkongsi pengalaman mereka sendiri di mana-mana .
Allahu , gembira tak terkata dengan maklum balas yang luar biasa .
Mereka bukanlah testimoni . Mereka adalah pengguna yang sebenar dan kata-kata merekalah yang membuktikan bukan semua produk tempatan sampah . Alhamdulillah .
Ya , dapat sambutan tu untung tapi kalau dapat kepercayaan tu lebih bahagia lagi rasanya .
Mak pesan pada krew untuk beri pengguna yang terbaik sehabis daya .
Sematkan dalam hati pekerjaan ni satu ibadah , mudahkan urusan orang ibadah , bantu dan sokong orang yang memerlukan juga ibadah .
Konsep perniagaan ini bukan menjual semata-mata .
Duit dan keberkatan adalah perkara yang berbeza . Macam sama tapi tak serupa .
Nak dapat duit susah nak dapat keberkatan lagilah tak mudah .
Tapi kuasa keberkatan hati rasa tenang dan hidup ini lebih indah . Sesuatu yang kita tak boleh beli walaupun duit kita melimpah-ruah .