BE BEAUTIFUL BE YOU




Kebanyakan dari kita apabila di alam maya mampu bersuarakan pendapat dan pandangan dengan lantang. Ayat begitu puitis dan dramatis tetapi apabila di alam realiti mereka adalah merupakan orang yang pendiam dan tidak mudah untuk bergaul mesra dengan orang yang baru mereka jumpa.

Ada juga segelintir mereka merasakan kurang yakin pada diri kerana rupa paras, personaliti dan skill yang kurang pada diri. 
Biasanya, apabila melihat orang lain yang lebih bijak, lebih cantik, lebih bahagia dan lebih sempurna dari kita, kita cenderung untuk merasa 'kecil', rendah diri kerana tidak setanding orang lain.

Ada banyak keadaan atau situasi yang boleh menggugat keyakinan diri kita. Contohnya kalau kita selalu gagal atau pernah gagal kemudian kita takut untuk mencuba. Keyakinan diri akan semakin hilang jika kita tidak segera 'berjuang'. Ada orang yang selalu diejek dan diperlekehkan. Ini membuat mereka rasa rendah diri, tidak percaya kepada kebolehan diri malah membenci diri mereka sendiri.

Hakikatnya dalam hidup ini pasti akan ada sahaja dugaan malah akan ada orang yang tidak menyukai diri kita. Namun yang penting bukan apa mereka kata tetapi cara kita menangani perbuatan mereka.

Pandangan kita terhadap diri sendiri adalah lebih penting berbanding pandangan orang lain terhadap kita. Jika kita tiada keyakinan, tiada kepercayaan dan memandang rendah diri sendiri siapa lagi yang kita boleh harapkan?

As long as you look for someone else to validate who you are by seeking their approval, you are setting yourself up for disaster. You have to be whole and complete in yourself. No one can give you that. You have to know who you are, what others say is irrelevant...


NADASUTRA SKINCARE 
Love yourself. Love your skin
Keep Believing
Be Beautiful
Be You