Sis saya berumur 19 tahun . Muka saya berjerawat teruk sudah agak lama . Macam-macam produk luar dan dalam negara saya dah cuba tapi tiada perubahan . Kini saya jadi semakin buntu . Mohon sis berikan pandangan sis mengenai masalah saya ini.
INFO
Langkah pertama , anda harus berhenti menggunakan produk wajah yang mempunyai wangian yang tinggi , konsentrasi alkohol yang tinggi atau astringen .
Mereka yang berjerawat sering dinasihatkan untuk mengeksfoliasi bagi menghilangkan minyak yang berlebihan . Namun , eksfoliasi berlebihan boleh mengelupaskan kulit .
Jika anda menggunakan scrub , cari yang telah diuji dermatologi dan gunakannya tidak melebihi sekali dalam seminggu . Butiran yang terlalu kasar pada physical scrub hanya mencalarkan dan melukakan lagi permukaan kulit wajah , jadi elakkannya ketika jerawat sedang aktif ianya mengakibatkan jerawat semakin luka dan melarat .
Jika anda menggunakan chemical scrub - pengelupasan kimia AHA dan BHA cuba terlebih dahulu-patch test untuk melihat sama ada kulit anda alergi . Gunakan pada kadar kepekatan rendah sebelum bertukar kepada kadar lebih tinggi.
Apabila memilih pencuci pastikan ianya bebas dari alcohol dan sabun (sls, sles) .
Pastikan produk non comedogenic -tidak akan menyumbat pori . Produk sebaiknya adalah yang diluluskan secara LAB TEST .
Selain daripada itu :
1) Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak
2) Pilih produk yang mengandungi niacinamide
3) Amalkan pemakanan sihat
4) Banyakkan minum air (elak dehidrasi kulit)
5) Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
6) Kurangkan stres dan mengamalkan teknik relaksasi
7) Elakkan daripada menyentuh muka dan jangan picit jerawat yang tumbuh
8) Mandi sebaik sahaja anda manamatkan aktiviti yang mengeluarkan peluh , peluh yang melekat pada wajah akan menyebabkannya lebih teruk (pori tersumbat)
9) Eksfoliasi muka anda
10) Gunakan krim pelindung matahari yang sesuai untuk kulit sensitif
11) BERHENTI menggunakan produk yang menjadikan kulit anda gatal, merah , terbakar atau pedih . Sebaiknya dapatkan konsultasi dari doktor pakar dermatologi untuk membincangkan masalah anda .