KAITAN PIL PERANCANG DAN JERAWAT



Hi sis , saya nak dapatkan khidmat nasihat sis mengenai pil perancang yang terbaik dan tidak menyebabkan jerawat tumbuh. Saya perlukan pil perancang namun dalam masa yang sama jerawat di muka saya tidak pernah surut akibat mengamalkannya.

INFO

Jerawat biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti genetik, ubatan, diet yang tidak seimbang, stress, alergi, ketidakstabilan hormon dan keadaan cuaca tertentu seperti kelembapan yang tinggi. Jerawat boleh menjadi sangat susah untuk ditangani jika anda tidak mengetahui puncanya yang sebenar. 

Pil perancang ada yang digunakan sebagai rawatan untuk masalah jerawat terutamanya wanita yang sedang mengalami ketidakseimbangan hormon NAMUN ada juga pil perancang yang boleh mengakibatkan jerawat (breakout).

Ini berlaku kerana bahan kimia dalam pil yang anda ambil menyebabkan KETIDAKSEIMBANGAN kepada nisbah kedua-dua hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Paras RENDAH progesteron dalam nisbah kepada estrogen boleh mencetuskan kepada penghasilan JERAWAT.

Bagi pil kawalan kelahiran (perancang) , anda boleh memilih antaranya Yaz, Estrostep Fe atau Ortho Tri-Cyclen. Pil ini semua dikatakan berupaya menstabilkan tahap hormon dan merawat jerawat. 

Pil perancang yang diberi nama Diane 35 pula merupakan antara pil perancang terkenal untuk kesihatan permukaan kulit. Pengambilan pil ini dibuktikan mampu menjadikan kulit kurang berminyak, memudarkan warna jeragat dan seterusnya menghilangkan jerawat di muka.

Anda juga boleh mendapatkan kontraseptif suntikan , atau alat kontraseptif intrauterin (IUCDs) sebagai PENGGANTI pil kawalan kelahiran.

Walau bagaimanapun , adalah DINASIHATKAN supaya anda bertemu dengan DOKTOR SAKIT PUAN atau DOKTOR PAKAR KULIT untuk mendapatkan konsultasi mengenai masalah anda dengan lebih MENYELURUH sebelum mengamalkan pil pil perancang tersebut.