KAMU TANYA MAK BEE JAWAB



Sis kulit wajah saya terlalu sensitif jenis kombinasi ada bahagian yang terlalu kering dan bahagian yang terlalu berminyak . Kulit wajah saya kadangkala pedih selepas cuci , gatal dan kemerah-merahan selepas memakai toner dan moisturizer . Saya pernah cuba sunscreen kulit rasa panas , berminyak teruk dan sangat tak selesa . Saya tak berani dah nak cuba . Tolong beri pandangan sis . .

PENDAPAT 
Perlu tahu kenapa kulit menjadi hypersensitive . Biasanya keadaan ini terjadi akibat hormon yang tidak seimbang atau skin barrier telah menjadi lemah . Faktor yang mengakibatkan skin barrier menjadi lemah antaranya adalah :
Penggunaan produk yang mengandungi racun seperti mercury , hydroquinone , steroid dsb
Dehidrasi
Tidak menggunakan pelindung UV
Tidak membersihkan wajah dengan baik
Menggunakan produk yang mengandungi bahan seperti alcohol , astringent , arbutin , salicylic acid , glycolic acid , vit c , sls , sles secara berlebihan atau dengan cara yang salah atau dengan gabungan yang salah .

PESANAN
Perlu tahu produk tersebut sesuai atau tidak dengan melakukan patch test mengikut standard yang sebenarnya . Dapatkan maklumat patch test jika tidak pasti
Perlu tahu jenis bahan-bahan yang terkandung dalam produk dan fungsinya
Perlu tahu kekuatan dan kelemahan produk serta pantang larangnya
Pastikan anda benar-benar pasti produk mana yang boleh dan tak boleh dicampur penggunaannya sekali
Elakkan berjemur/berpanas terutamanya dalam keadaan sedang iritasi
Elakkan menyental kulit wajah terutamanya dengan scrub muka
Bersih dan cuci kulit wajah dengan produk yang sesuai untuk kulit sensitif berciri mild and gentle
Gunakan pelembap dan pelindung wajah yang sesuai untuk kulit sensitif
Rehatkan wajah dari solekan tebal dan penggunaan primer dengan kerap
Sentiasa menjaga kebersihan alat solek , tudung , rambut , tuala muka , cadar dan sarung bantal
Elakkan menyentuh muka dengan tangan atau jari yang belum dicuci
Berjumpa doktor pakar kulit dengan segera sekiranya wajah terasa lebih sakit , pedih dan kelihatan lain dari biasa . Jangan bertangguh .
NADASUTRA SKINCARE
Penjagaan wajah bukan sekadar untuk cantik