NADASUTRA PREMIUM SKINCARE: REVIEW JUJUR PENGGUNA


Bila Mak baca review jujur dari salah seorang pengguna Nadasutra Skincare Premium Set yang membeli secara online di Shopee , Mak rasa sangat bersyukur dan terharu sebab sedikit sebanyak produk tempatan yang masih kerdil ni dapat menyelesaikan masalah beliau (breakout) selepas terjebak menggunakan produk timbang kilo yang beracun.

Skin care ni bukanlah satu-satunya produk terbaik dalam dunia hehe, bukan juga nak over claim jauh sekali masuk bakul angkat sendiri tapi skin care ni memang sesuai dengan kebanyakkan jenis kulit kerana formulasinya yang menjadikan ia lembut terhadap kulit (mild and gentle).

 Kenyataannya ia memang dah disahkan tiada mengandungi bahan pemutih, peluntur, kimia merbahaya atau beracun dan juga logam berat seperti merkuri, arsenik, plumbum dan sebagainya yang boleh mengakibatkan kemudaratan kepada pengguna. Ini adalah fakta kerana skin care ini telah lulus dalam ujian makmal atau kata mudahnya - Lab Test Certified 

Mak tak pernah menjanjikan bulan dan bintang kepada pengguna Nadasutra Sincare, tetapi setiap pengguna kami akan guide dari a to z secara detail. Itu janji kami dan yang paling penting kita sama-sama berusaha dan mendorong pengguna agar jangan sesekali berputus asa demi mendapatkan kembali kulit yang sihat serta lebih baik dari masa ke semasa. 

Bukan sekadar menjual (demi keuntungan semata), kami juga mahu membantu mana yang termampu dengan memberi bimbingan dan nasihat (educate) pengguna agar setidaknya pengguna tahu langkah asal mengenai penjagaan kesihatan dan kecantikkan wajah (khususnya).