PULUT KUNING MERACUN SUKMA VS RENDANG AYAM LELEH MAK BEE



Rasanya tak pernah lagi mak share video masak, gambar masakan blablabla lauk pauk blablabla masakmu masakku jua haa masak la kauss. Ni lepas subuh tadi masak untuk sarapan pagi. Pulut kuning dengan rendang ayam je. Siyes ni menu time malas masak. Sebab tak payah banyak lauk.
Penampakkan cara mengacau yang brutal itu adalah disebabkan nak cepat masak api boh paling beso so kena kaco laju-laju tak nak bagi hangos. Semua dah lapo kejap kejap ada yang datang terjonggol sambil mengeluh 'bila nak siap ni' ngan muka hiba, perut kendor, bahu jatoh, mata layu macam baru putus cinte. Nak siku kesian, haa sabo je le. Setakat masak sekilo pulut plus ayam sekor dua sekali jalan cenggini kira dah ringkas giler.
Sebab tu la kalau free pun takde masa nak chat, join group WhatsApp layan Samarinda ke drama Mikel Ang korang. Kalau tetiba boleh tersembol mana-mana tu dah kira syukur Alhamdulillah hoookehhh.
Ni la pompuan kan, balik le dari mana pelusok dunia London, Tokyo, Batang Berjuntai belum melangkah masuk rumah pun dah pikir nak masak apa jap gi. Bila masuk sap sapp campak beg, campak tudung teros ke dapo. Busy la camne pun kat luo seharian, balik masak tetap masak. Setakat masak nasi lauk pauk pukul sepuloh, dua belas malam ke tiga pagi tu biasa.
Kesimpulannya, memang letih jadi pompuan kena masak tapi bersyukurlah kalau keluarga suka dengan masakan kita. Kita mampu mengenyangkan perut lapo mereka dengan kedua tangan kita dan itulah sebaik-baik rezeki dan pahala. Ada orang teringin nak masak untuk kesayangan mereka tapi tak mampu. Kekangan masa atau keupayaan diri tak mengizinkan. Jadi syukur. Kalau boleh masak, masaklah hengko sana. Barulah Superwoman!