KAMU TANYA MAK BEE JAWAB - MASALAH BREAKOUT DAN KULIT SENSITIF




SOALAN:
Sis kulit saya breakout dan menjadi sangat sensitif selepas menggunakan produk yang tidak sesuai . Saya bimbang untuk mencuba apa-apa produk buat masa ini . Boleh sis berikan pandangan dan tips ? .

PANDANGAN DAN TIPS:

Sebaiknya mereka yang mengalami breakout serta kulit menjadi sensitif perlu mengamalkan daily routine dengan produk penjagaan yang mengandungi antioksidan untuk menguatkan dan mengembalikan ketebalan kulit sebenar . Semestinya produk yang sesuai untuk kulit sensitif ! .

Rutin asas harian atau daily routine seperti mencuci dan melembap perlu dilakukan. Elak daripada menggunakan penyegar yang beralkohol tinggi jika sudah boleh menambah penyegar .

Selain itu , elakkan penggunaan bahan sental atau pupur wajah (physical scrub) kerana fungsi menanggalkan sel kulit mati dalam produk ini akan melukakan dan menipiskan lagi permukaan kulit yang sedia terluka . Malah amalan menyental kulit wajah hanya akan mengasarinya secara keseluruhan dan menambahkan lagi keradangan .

Selepas kulit sihat tanpa kemerahan serta keradangan , barulah fokus kepada masalah yang lain seperti memulihkan jerawat .