TIGA JENIS SINAR MATAHARI MERBAHAYA YANG PERLU ANDA TAHU



ADA TIGA JENIS SINAR MATAHARI YANG BERBAHAYA DAN PERLU ANDA TAHU

SINAR UVA adalah radiasi matahari yang panjang gelombangnya 320-400nm. Apabila kulit terkena sinarannya ia tidak menyebabkan kemerahan dan sakit namun UVA boleh menyebabkan kerosakan kulit kekal - merosakkan DNA yang membawa kepada terjadinya kanser kulit juga menjadikan warna kulit lebih gelap. Sinaran UVA adalah penyebab utama kepada kesan penuaan seperti garis halus, kedut dan jeragat. Sinar UVA boleh menembusi kaca tingkap.

SINAR UVB adalah radiasi matahari yang panjang gelombangnya 290-320nm lebih. Boleh menyebabkan kulit terbakar atau "sunburn" kemerahan dan juga sakit. Sinaran UVB ini boleh terhalang oleh kaca tingkap.

SINAR UVC adalah sinar radiasi matahari yang panjang gelombangnya 280-100nm penghasil ozon di lapisan ozon, dapat membasmi microorganisma dengan cara menghancurkan nuclear acid dalam DNA-nya. Sinar UVC lebih dulu terserap ozon sebelum memanaskan bumi dan mengenai kita. Mujurlah.

Kesimpulannya walaupun berada di dalam bangunan atau rumah kita tidak mudah terlepas dari terkena sinar UVA dan UVB ini selama ia mampu menembusi tingkap atau dinding. Kita bebas dari sinar bahaya ini hanya apabila berada di tempat yang tertutup dari cahaya matahari. Penggunaan sunblock yang berfungsi untuk melindungi kulit dari kedua sinar bahaya ini perlu diaplikasikan dari masa ke semasa. Kulit yang kering juga jangan dibiarkan kering kerana hanya akan memburukkan lagi kesan kerosakkan dan penuaannya.

Amalkan rutin penjagaan kulit anda setiap hari dan berikan apa yang ia perlu.
#nadasutra #skincare #labtest #kkmapproved