SOALAN:
Sis jerawat saya pernah reda tapi beberapa ketika akan muncul semula dan saya terpaksa menukar skin care saya . Biasanya saya akan tukar pencuci muka , kemudian toner , moisturizer dan sunscreen saya . Penat sangat dengan masalah yang sentiasa berulang . Saya memang tak boleh pakai sesuatu brand dalam jangkamasa yang lama .
Saya rasa letih sebab setiap kali pun perlu tukar brand yang lain . Rasa terlalu membazir sebab apa yang saya beli tak sesuai langsung . Hairan sebab orang lain pakai elok je dan tak hadapi masalah macam saya . Jerawat saya ada masa kecil-kecil dan ada masa besar-besar . Saya runsing .
PENDAPAT SIS:
Pemicu jerawat biasanya adalah genetik (boleh dapatkan supplemen yang sesuai) , hormon yang tak stabil (boleh jumpa pakar sakit puan/tuan) , kotoran dan lebihan sebum (minyak pada muka yang berlebihan/tak bersihkan dengan baik) mengundang kehadiran bakteria jerawat
Sebab lain adalah penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia beracun (merosakkan skin barrier) , penggunaan produk dengan cara yang salah (pakai tanpa mengetahui kelemahan produk yang boleh mendatangkan keburukan serta harus dielakkan) .
Alergi pada bahan-bahan tertentu samada organic/chemical (seseorang itu cenderung memilih produk yang berciri lebih kurang sama berulangkali namun tidak menyedarinya) .
Akhir sekali biasanya dipengaruhi gaya hidup/pemakanan/aktiviti yang tidak menyihatkan .
Sila semak semula kesemua faktor yang boleh menjadi penyebab masalah jerawat ini untuk mengenalpasti puncanya . Dapatkan konsultasi dari doktor atau pakar dermatologi sekiranya ia berkaitan hormon , jangkitan atau alergi/alahan .