Thursday, February 20, 2014

Kanser Payudara

Kanser payudara adalah antara kanser yang paling utama di Malaysia. Di Malaysia, golongan wanita berumur dalam lingkungan usia 50-59 tahun adalah golongan yang kerap mengidap kanser payudara. 95% pengidap kanser payudara adalah dari kalangan wanita yang berumur lebih dari 40 tahun. 

 

 

Kaum lelaki juga berisiko mengidap kanser payudara tetapi insidennya terlalu rendah iaitu cuma 1% daripada keseluruhan kes kanser payudara.


Berikut adalah tanda-tanda kanser payudara :


  • Terdapat ketulan pada payudara dan perubahan permukaan payudara yang menjadi tidak rata.

     

  • Kulit pada payudara kelihatan berbintik, kemerahan  dan keras.

     

  • Keluar darah ataupun lendir berdarah dari puting susu.

     

  • Puting susu tenggelam ke dalam payudara.

     

  • Terdapat saluran darah yang menonjol di permukaan kulit payudara.

     

  • Luka yang tidak sembuh pada permukaan payudara.

     

  • Terasa ada biji atau ketulan di bahagian ketiak.

     

  • Hilang selera makan dan turun berat badan.

     

  • Tanda-tanda kanser merebak ke organ-organ lain badan seperti ke paru-paru menyebabkan sukar bernafas dan batuk berdarah, sakit tulang, sakit kepala dan lain-lain lagi.

     

Jika terdapat tanda-tanda di atas ke atas diri anda, segeralah berjumpa pakar perubatan.

 

 

  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rencana bergambar ini menunjukkan tanda-tanda yang jelas mengenai kanser payudara. Kebanyakan tanda-tanda ini diperingkat yang lewat di mana tanda-tanda yang didapati lebih ketara. 

 

Kita sepatutnya lebih peka terhadap tanda-tanda awal sebelum ianya sampai keperingkat yang ditunjukkan. Walau bagaimana pun untuk penjelasan, gambar ini merupakan tanda-tanda yang harus diawasi semasa menjalankan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan.

 

Peringatan: Kami berharap gambar-gambar ini walaupun menakutkan anda, sebaliknya akan memberi idea bagaimana untuk mengesan kelainan di payudara anda masing-masing.

 

 Mengenali Peringkat Serta Tahap Penyakit Barah Payudara


Sehinggalah waktunya pencegahan barah payudara ditemui, usaha menangani penyakit tersebut adalah terletak kepada keupayaan untuk mengesannya pada peringkat terawal serta mendapat rawatan penyakit tersebut.


Tahap-tahap kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi. (Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk kajian makmal). 

 

Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa untuk mengenal pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes). Tetapi, tahap hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu diketahui. Jenis sel-sel kanser(cell type) juga penting apabila jenis rawatan perlu dipertimbangkan.


Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap.


Tahap 1

Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.


Tahap 2

Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.


Tahap 3

Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).


Tahap 4

Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.