Wednesday, February 19, 2014

Wajah Terbaru Bibi Aisha: Perempuan Afganistan Yang Di Potong Hidung Dan Telinga Oleh Suami 4 Tahun Lalu

 Suatu ketika dulu, kita pernah di gemparkan dengan seorang perempuan dari Afganistan yang telah di dera oleh suami dan iparnya dengan kejam.
Bibi Aisha pada ketika itu baru sahaja menginjak usia 18 tahun telah pun mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki penduduk Taliban.
 
Menurut berita terdahulu Aisha di katakan telah melarikan diri dari rumah suami menuju ke kampung halaman. Namun, suami dan iparnya berjaya temui Aisha.

http://3.bp.blogspot.com/-UCWmfeszV_k/UY_IB-_WKMI/AAAAAAAADTA/cEhpCa0phlY/s1600/Aisha.jpg

Aisha di gesa dan di paksa pulang ke pangkuan suaminya. Keterlaluannya, suami dan ipar bersekongkol telah memotong hidung dan kedua-dua telinga Aisha sebagai hukuman. 
 
Malah, paling menyayatkan hati Aisha di katakan di tinggalkan begitu sahaja tanpa peri simpati. Terseksa sendirian menanggung sakit.
 
Namun tuah Aisha bila dia di temui tenat oleh pihak tentera luar yang berada di Afganistan ketika itu.

http://3.bp.blogspot.com/-txvNNbwx1WI/UY_GZdTiGQI/AAAAAAAADS0/6ligpWADlGQ/s1600/Aisha+Coolage.jpg

Dan kisah Aisha telah telah tersebar satu dunia yang menyebabkan penduduk Taliban telah dikritik hebat dengan sikap yang sangat melampaui batas sebagai muslim.

Itulah kisah hitam yang di lalui remaja perempuan 4 tahun lalu. Dan berita terkini, Aisha yang tinggal di US telah melaui pembedahan plastik untuk membentuk hidung dan telinga yang baru.
  
Kisah perempuan Islam teraniaya, kadang-kadang berlaku di tempat sendiri oleh kaum kerabat sendiri. Sebab tindakan sesetengah muslim, akhirnya ajaran Islam sedikit sebanyak  di salah ertikan sebagai kejam.


http://3.bp.blogspot.com/-AqpiBwLr9CU/UY_LhLQETxI/AAAAAAAADTU/iWGCZ-AolvQ/s1600/new+life.jpg

 http://4.bp.blogspot.com/-3AOBHuSzj8Q/UY_N5CJ-KaI/AAAAAAAADTg/N53vEVA7dBU/s1600/Family.jpg
.