Tuesday, February 18, 2014

Kubis mampu elak barah


15 Feb – Tahukah anda bahawa kubis mengandungi banyak zat di dalamnya dan baik untuk kesihatan tubuh badan terutamanya bagi mengelakkan penyakit kanser.

Pelbagai khasiat antikanser yang terkandung dalam sayuran ini iaitu klorofil, vitamin E dan C.Kandungan sulfur di dalam kubis juga membantu membuang sisa alkohol dalam darah.



 



 Kubis juga bagus jika digunakan untuk mengubati penyakit kulit iaitu dengan mengisar daun kubis kemudian dilumur ke kulit bermasalah. Bagi perubatan dalaman, kubis boleh mengubati penyakit kanser dengan mengamalkan pengambilan sayuran ini sama ada dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam.

Antara manfaat kubis ialah menurunkan risiko gangguan jantung dan  angin ahmar, mengurangkan risiko kanser usus besar, penyembuhan bisul dan meningkatkan sistem pencernaan. Kubis juga berguna untuk menurunkan kadar kolesterol.