Wednesday, March 5, 2014

5 Jenis minuman mampu langsingkan badan

Setiap wanita mahukan tubuh yang langsing dan menarik. Kini banyak pil pelangsing yang boleh dilihat di laman sosial mahupun di papan iklan.

Tetapi tidak semua mendatangkan hasil jika anda masih tidak mengawal permakanan anda dengan betul. Namun tahukah anda minuman juga boleh melangsingkan anda? Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang lima jenis minuman yang dapat membantu anda untuk melangsingkan badan anda.


JUS SAYURAN

Jus sayuran adalah salah satu cara yang berkesan untuk memberi serat dan nutrien dalam badan kita untuk membantu tubuh badan kita menurunkan berat badan. Pengambilan sayuran dan buah-buahan membuatkan kita kenyang lebih lama.



AIR

Ia sememangnya diketahui baik untuk kesihatan. Ia bukan sahaja membuang toksin dalam badan, malah ia sangat berkesan dalam membantu anda untuk menurunkan berat badan. Anda boleh meminum air dengan ditambah sehiris buah lemon segar, limau nipis, timun atau pun tomato kerana sayuran ini bagus untuk anda selain menambah perasa.

 
TEH HIJAU

Teh hijau sememangnya sudah terbukti berkesan membantu dalam pelangsingan tubuh. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme. Cuba amalkan meminum teh hijau tidak kira sejuk atau pun panas. Teh hitam dan teh oolong kerana kedua-duanya mengandungi anti-oksidan yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan.



SUSU RENDAH LEMAK


Susu rendah lemak bagus yang berasaskan protein tanpa lemak, vitamin D dan kalsium yang menolong untuk pembinaan otot dan menguatkan tulang. Ia lebih sedap jika ditambah dengan sedikit coklat untuk perasa dan khasiat yang lebih efektif.


KOPI HITAM
 
Secawan kopi hitam di awal pagi atau segelas kopi ais di waktu tengah hari sebenarnya membantu dalam menurunkan berat badan. Ia berfungsi dalam merangsang kafein yang boleh mengawal nafsu makan. Malah ia juga mampu memanaskan tubuh badan kita dan meningkatkan metabolisme dalam badan. Cuma, kurangkan gula dalam kopi atau gunakan susu rendah lemak.