Monday, March 10, 2014

Asparagus baik untuk kesihatan

 

Tahukah anda bahawa sayur asparagus sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan anda?

Asparagus yang berasal daripada keluarga 'liliaceae' sangat kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan niasin.

Malah menurut laporan yang dipetik dari sebuah portal tempatan, asparagus juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pancreas dan kulit.

Selain itu, jus asparagus juga boleh dibuat sebagai ubat untuk merawat gangguan renal. Asparagus mengandungi sejenis bahan disebut 'asparajin' yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik.

Ini kerana jus asparagus yang mengandungi garam galian yang tinggi juga merupakan penawar paling mujarab untuk mengatasi penyakit kulit seperti 'eczema' dan ruam, menjadikan darah lebih bersifat beralkali.