Fesyen botak kini menjadi trend






Fesyen rambut bukan sahaja sinonim dengan wanita, tetapi lelaki juga amat mementingkan gaya rambut. Bagaimanapun, kini trend membotakkan kepala menjadi ikutan ramai lelaki.

Mungkin ada sesetengah lelaki yang membotakkan kepala kerana rambut semakin nipis dan sedikit ketara, oleh itu mengambil keputusan untuk membotakkan kepala adalah helah terbaik daripada terus munculnya sedikit rambut di tengah kepala.

Dipetik dari sebuah portal gaya hidup, imej berkepala botak tetap mempunyai aura tersendiri contohnya seperti pelakon Hollywood seperti Bruce Willis, Jason Statham, The Rock dan Vin Diesel.

Anda juga boleh melakukan sendiri tanpa perlu ke salun rambut dengan menggunakan pencukur elektrik atau penggunaan bateri bukan satu masalah asalkan pencukur anda mempunyai pisau pelarasan dari tahap 1 hingga tahap 5.

Untuk lebih tampil bergaya, pemilihan seluar gaya chino, kemeja vintaj serta kaca mata hitam gaya Aviator adalah padanan. Ikon lelaki botak masa kini boleh dilihat pada jejaka bernama Milan Vukmirovic, seorang Pengarah Kreatif di Jil Sander and Trussardi 1911 dan juga seorang jurugambar fesyen terkenal yang bijak memperagakan imej formal sehinggalah 'smart casual'.