Thursday, March 13, 2014

Susu badam banyak manfaat




Susu badam mempunyai banyak khasiat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Ia boleh dijadikan sebagai amalan minuman diet yang terbaik hanya dengan mengisarkan kacang badam dan dicampurkan dengan sedikit air panas. Kemudian toskan susu tersebut daripada hampasnya dan ia sedia diminum.

Selain itu, mengamalkan susu badam ini juga mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan tubuh badan, antaranya.

Kalsium
Susu badam memiliki kandungan kalsium dua kali ganda lebih tinggi dan kalori 20% lebih daripada susu segar biasa. Kandungan vitamin D juga di dalam susu ini dikatakan elok untuk kesihatan tulang anda.

Penambah rasa masakan
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa susu badam juga boleh digunakan sebagai penambah perasa pada masakan. Malah ada yang mengatakan rasanya lebih sedap berbanding susu yang lain.

Asid lemak omega 3
Peranan Asid lemak omega-3 dalam penyakit kardiovaskular telah terbukti. Kandungan asid lemak omega 3 yang terkandung di dalam susu ini sangat baik untuk kesihatan jantung kerana ia berupaya menurunkan kadar kolestrol dalam badan. Selain mengandungi mangan, ia juga kaya dengan vitamin E, selenium, magnesium, potassium, zat besi, dan serat. Bukan sahaja boleh kurus, malah mampu menjadikan anda lebih sihat.

Awet muda
Kandungan flavonoid dan antioksidan yang berasal dari vitamin E mampu menurunkan risiko terkena penyakit kanser serta melambatkan proses penuaan.

Tenaga
Bagi anda yang mudah merasa letih, kami sarankan anda meminum segelas susu badam. Anda pasti akan merasa lebih segar dan kekal aktif dalam melakukan tugas harian. Khasiat kacang almond sememangnya tiada tandingannya.

Selain itu, ia juga boleh menjaga tekanan darah anda supaya sentiasa berada pada tahap normal. Diharap dengan panduan ini dapat diamalkan oleh anda. Selamat mencuba!