Saturday, March 8, 2014

Tabiat tidak baik untuk kulit

Ramai yang mahukan kulit yang bersih dan mulus, namun ramai juga yang tidak tahu bahawa ada beberapa tabiat yang anda tidak sedar dan sangka ia membawa kesan buruk kepada kulit anda antaranya adalah kerap mencuci muka.

Ini kerana anda akan berfikir semakin kerap anda mencuci muka, maka kulit anda akan makin bersih, tetapi sebaliknya, kerana mencuci wajah lebih dua kali sehari sebenarnya akan menyingkirkan minyak asli yang diperlukan oleh kulit.







Bagi yang mempunyai kulit berminyak juga kerana semakin anda kerap mencuci wajah makin banyak minyak terhasil.

Tabiat kedua pula menggunakan skrub wajah yang kasar kerana menyangkan dengan menggunakan skrub kasar bagus untuk membersihkan wajah anda. Sebenarnya anda harus menggunakan skrub yang halus kerana skrub yang kasar boleh menyebabkan pori tersumbak, tompok hitam dan juga kedut. Skrub wajah anda sekali atau dua kali seminggu sahaja.

Tabiat ketiga pula iaitu suka berjaga malam atau suka tidur lewat. Anda tahu jika kurang tidur maka wajah akan tampak sembam, kusam dan penat. Oleh itu, elakkan dari tidur lewat kerana ia akan menghapuskan melatonin iaitu hormon yang membuatkan anda mengantuk dan mengawal ritma sirkadian (circadian) yang akhirnya akan menyebabkan wajah anda kusam dan berkedut.

Akhirnya sekali, pastikan anda menukar sarung bantal anda sekurang-kurangnya seminggu sekali kerana sarung bantal mengumpul minyak, sel kulit mati dan bakteria yang akan melekat pada wajah anda.