Nafas berbau...



 Pernahkah berlaku ketika anda berbual dengan kenalan tiba-tiba perlahan-lahan menjauhkan diri daripada anda? Penyebabnya mungkin nafas anda berbau membuat dia tidak betah berbual lama dengan anda.

Tidak guna penampilan yang cantik dan wajah yang berseri-seri tetapi nafas berbau. Jadi jika anda menghadapi masalah ini berikhtiarlah mengatasinya.

Sebelum itu ketahui dulu pelbagai penyebab membuatkan nafas seseorang itu berbau. Ini membantu anda mengatasi masalah itu dengan lebih tepat dan berkesan.



Penyebabnya


  • Kurang menjaga kebersihan mulut. Faktor ini adalah yang paling kerap terjadi, sisa sisa makanan yang melekat menyebabkan gigi berlubang dan radang gusi (gingivitis) dan membuatkan perkembangan bakteria menjadi meningkat, seterusnya menyebabkan nafas berbau
  • Penyakit pada pencernaan, pernafasan, usus, ginjal serta jangkitan kerongkong dan paru-paru.
  • Mulut kering atau Xerostomia. Biasanya terjadi ketika bangun pagi, memang nafas setelah bangun tidur menjadi berbau. Ketika tidur penghasilan air liur berkurang dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. 
  • Kebiasaan merokok dan mengambil makanan tertentu. Bau mulut boleh juga berlaku selepas makan makanan tertentu misalnya petai, jering dan masakan yang banyak bawang putih.



Cara Mengatasi Bau Mulut

  • Menjaga kebersihan mulut. Rajinlah memberus gigi selepas makan, sebelum tidur dan bangun tidur. Amalkan teknik memberus gigi dengan baik dan menyeluruh agar bau mulut hilang.
  • Banyakkan minum air kosong yang membantu menjaga kerongkong dan mulut agar tidak kering. Anda juga boleh mengambil air teh hijau yang kaya anti oksidan sekali sehari.
  • Bersihkan lidah. Gunakan pembersih lidah.
  • Berjumpa doktor. Jika bau mulut anda disebabkan oleh penyakit misalnya jangkitan paru-paru, maka sebaik-baiknya dapatkan nasihat dan rawatan doktor.
  • Hindari makanan yang menyebabkan bau mulut, misalnya bawang putih dan merah serta daging yang biasanya tersisa di celah-celah gigi.
  • Mengambil makanan yang banyak mengandung vitamin E dan C, misalnya buah-buahan dan sayur-sayuran. Misalnya mangga, bayam, avokado, bijirin gandum, susu soya dan limau.
  • Berkumur setelah makan, bertujuan untuk membersihkan sisa makanan di dalam mulut.
  • Jangan merokok. Jika anda perokok berusahalah untuk berhenti. Bukan sahaja untuk mengatasi masalah nafas berbau tetapi juga demi kesihatan anda.