Susu badam mempunyai banyak khasiat yang bagus untuk kesihatan tubuh
badan. Ia boleh dijadikan sebagai amalan minuman diet yang terbaik hanya
dengan mengisarkan kacang badam dan dicampurkan dengan sedikit air
panas. Kemudian toskan susu tersebut daripada hampasnya dan ia sedia
diminum.
Selain itu, mengamalkan susu badam ini juga mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan tubuh badan, antaranya.
Kalsium
Susu badam memiliki kandungan kalsium dua kali ganda lebih tinggi dan
kalori 20% lebih daripada susu segar biasa. Kandungan vitamin D juga di
dalam susu ini dikatakan elok untuk kesihatan tulang anda.
Penambah rasa masakan
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa susu badam juga boleh digunakan
sebagai penambah perasa pada masakan. Malah ada yang mengatakan rasanya
lebih sedap berbanding susu yang lain.
Asid lemak omega 3
Peranan Asid lemak omega-3 dalam penyakit kardiovaskular telah terbukti.
Kandungan asid lemak omega 3 yang terkandung di dalam susu ini sangat
baik untuk kesihatan jantung kerana ia berupaya menurunkan kadar
kolestrol dalam badan. Selain mengandungi mangan, ia juga kaya dengan
vitamin E, selenium, magnesium, potassium, zat besi, dan serat. Bukan
sahaja boleh kurus, malah mampu menjadikan anda lebih sihat.
Awet muda
Kandungan flavonoid dan antioksidan yang berasal dari vitamin E mampu
menurunkan risiko terkena penyakit kanser serta melambatkan proses
penuaan.
Tenaga
Bagi anda yang mudah merasa letih, kami sarankan anda meminum segelas
susu badam. Anda pasti akan merasa lebih segar dan kekal aktif dalam
melakukan tugas harian. Khasiat kacang almond sememangnya tiada
tandingannya.
Selain itu, ia juga boleh menjaga tekanan darah anda supaya sentiasa
berada pada tahap normal. Diharap dengan panduan ini dapat diamalkan
oleh anda. Selamat mencuba!