Kini terdapat kaedah rawatan terbaru untuk merawat jerawat. Antaranya adalah dengan foto terapi. Rawatan ini menggunakan sejenis alat perubatan yang dinamakan Isolaz. Ia adalah satu satunya alat perubatan yang diberi kelulusan FDA untuk merawat jerawat jenis 1 - 6 . Ini bermakna, jika jerawat anda gagal dirawat dengan antibiotik, hormon atau Isotretinoin , harapan masih ada dengan Isolaz.
Isolaz berfungsi dengan dua cara :
1. Ia akan menyedut segala kekotoran dan sebum pada jerawat.
2. Mesin ini akan mengeluarkan sinaran cahaya khas untuk membunuh bakteria dan mengecutkan kelenjar sebum. Rawatan ini tidak memerlukan penyediaan khas malah tidak sakit dan tiada kesan sampingan. Selepas rawatan, pesakit boleh terus mengerjakan aktiviti harian. Kesan rawatan boleh dilihat selepas 24 hingga 48 jam di mana jerawat akan kecut dan kering. Namun begitu, untuk mendapat rawatan yang berkesan, setiap orang perlu menjalani rawatan sebanyak 10 sesi iaitu sekali setiap seminggu.
Penjagaan harian wajah pula harus diteruskan dan produk yang sesuai adalah yang bercirikan mild, calming dan hydrating.