FRAGRANCE




Minyak wangi / aroma sudah biasa digunakan sebagai ramuan produk kecantikan samada semulajadi atau sintetik. Jenis-jenis wangian yang digunakan juga sangat pelbagai, bermula dengan wangian buatan dari bahan kimia dan wangian semula jadi serta penggunaan minyak pati. .

Walau bagaimanapun, sesetengah orang menganggap bahawa kandungan minyak wangi dalam penjagaan kulit adalah berbahaya. Walaupun TIDAK SEMUA jenis minyak wangi berbahaya. Terdapat juga sesuatu yang diperlukan untuk kulit.

Anda sering tertanya-tanya mengapa banyak produk menggunakan minyak wangi? Ini kerana kebanyakan orang lebih gembira apabila produk penjagaan kulit mereka berbau bagus. Syarikat-syarikat kecantikan memahami ini, produk yang harum boleh menggembirakan pengguna dan ini memberi kesan kepada daya beli pengguna. Sebab lain ialah produk yang tidak menggunakan minyak wangi mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, jadi menggunakan minyak wangi pada produk penjagaan kulit akan menyamarkan bau asli produk. .

Menambah pewangi kepada produk juga sebenarnya bertujuan untuk membantu menyembunyikan bau yang tidak menyenangkan dalam produk penjagaan kulit yang dibungkus dalam botol apabila disimpan terlalu lama, terutama produk yang diperbuat daripada bahan semulajadi. Pembungkusan dalam bekas seperti jar akan menyebabkan bahan pereputan menjadi lebih cepat kerana selepas anda membukanya bahan-bahan semula jadi terdedah kepada udara dan bakteria dari jari anda.

Oleh itu kandungan dalam jar akan tercemar dengan bakteria ini boleh mengakibatkan bau yang tidak menyenangkan.
Nadasutra memilih wangian yang dihasilkan dari pati epal hijau yang semulajadi dalam kuantiti yang paling minimum demi kegunaan dan kesejahteraan pengguna. Kami memilih bekas berbentuk botol yang kurang dimasuki udara dan kurang risiko pencemaran apatah lagi bakteria. .

Nikmati kesegaran haruman epal hijau yang mild sesuai dengan keistimewaannya - Mild&Gentle.