KENAPA MUKA NAMPAK TUA?




Nampak tua sebelum waktunya? Eh kenapa rakan umur sebaya nampak jauh lebih muda dan kurang berkedut? Kenapa kulit tak nampak segar dan berseri?
Wanita mesti ngeri kalau tahu kesan kulit kering pada dirinya. Ya, nampak lebih cepat tua dan pucat! Suka atau tidak, itulah hakikatnya.

Tanda orang kulit kering ialah anda akan rasa 'ketat' selepas mencuci muka. Mudah merengsa dan mungkin rasa gatal. Terdapat kecenderungan terjadinya garis halus kering, terutama di keliling mata. Kulit kering jarang dihinggapi jerawat. Kalau ada memang teruklah. Ok, semak dulu apa anda perlu tahu tentang kulit.

Ciri-ciri kulit kering

1. Selepas muka dicuci dengan pencuci muka atau sabun pembersih dan air, kulit terasa 'ketat', seolah-olah ia terlalu kecil untuk muka anda

2. Kulit berasa agak selesa selepas mencuci muka dengan pembersih kurang buih

3. Tompok pengelupasan mula muncul pada waktu tengah hari - bersisik

4. Anda hampir tidak mengalami masalah jerawat tapi kalau ada habis bengkak merah

5. Kulit akan kepedihan selepas menggunakan toner muka

6. Kulit berasa sangat selesa selepas menggunakan krim malam

Kalau nak tau inilah puncanya kulit makin kering

1. Penggunaan kosmetik yang salah

2. Mencuci muka dengan cara salah

3. Keadaan kelenjar tiroid anda - kesihatan dan ubatan

4. Penuaan kulit - usia dan hormon

5. Faktor genetik - keturunan

6. Dehidrasi - kekurangan lembapan pada tubuh dan kulit

Jadi minumlah air banyak sikit dan gunakanlah produk hydra. Pelajari step penggunaan produk dan penjagaan yang betul. Tingkatkan kelembapan , wajah lebih segar bugar , sihat dan awet muda !

#noharshchemicals #nodangerouschamicals
Anti-aging. Anti-inflammatory. Antioxidants
#antipenuaan #antiradang #antioksidan
#hydrating #rejuvenating #firming #tightening#calming #soothing #pHbalanced #labtest