GRAPEFRUIT + TIMUN + LEMON + LIMAU + DAUN PUDINA
Campurkan ½ biji hirisan grapefruit, timun, lemon dan limau nipis serta beberapa helai daun pudina dalam 1 jag air. Sejukkan dalam peti sejuk dalam dua jam dan minum dengan kerap.
emon dan limau nipis mengeluarkan toksin dalam badan dan grapefruit pula membakar lemak. Timun yang bersifat diuretik menggalakkan pengeluaran air berlebihan dalam badan dan daun pudina memudahkan perkumuhan
KIWI + STRAWBERI
Gabungkan hirisan 2 buah kiwi bersama strawberi ke dalam jag minuman. Sejukkan dalam peti sejuk untuk lebih sedap menikmatinya. Kiwi kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin manakala strawberi bagus untuk kulit.
Masukkan hirisan buah epal merah/hijau dan 1 batang kayu manis ke dalam jag air. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Anda boleh gunakan bahan ini sehingga 4 kali. Air detox ini membantu mengurangkan lemak dan meningkatkan kadar metabolisme
Anda boleh gantikan batang kayu manis kepada serbuk. Jika tidak suka kayu manis, boleh gantikan dengan halia.
STRAWBERI + TEMBIKAI
Air detox ini pasti memikat sesiapa sahaja dengan warnanya yang terang. Campurkan secawan strawberi bersama dua cawan kiub tembikai.
Sejukkan antara 4 hingga 6 jam dalam peti sejuk dan nikmatinya bila-bila masa. Segar, air detox ini anti-radang dan mencantikkan kulit.
CUCI MUKA TANPA MENGERINGKAN KULIT, ELAK DEHIDRASI SERTA BERIKAN IA BOOSTER DAN PERLINDUNGAN YANG DIPERLUKANNYA. OK CUN!!
#nadasutra #skincare #labtest