MEH NAK BAGI TAU CERITA LIANG PORI



Kulit kita dilitupi dengan rambut yang halus kecuali tapak tangan dan kaki. Setiap helai rambut memiliki folikel (akar) Setiap folikel rambut mempunyai liang pori di bahagian atasnya.

Folikel rambut mempunyai kelenjar di dalamnya yang menghasilkan minyak dan dipanggil kelenjar sebaceous. Apabila kelenjar melepaskan minyak, minyak naik ke bahagian atas kulit dan berkumpul di liang pori lalu menghasilkan sebum.

Sebum yang berlebihan adalah ketika kelenjar sebaceous seseorang menghasilkan terlalu banyak minyak dan ia menjadikan liang pori sesak serta hilang keanjalannya.
Apabila kulit menjadi kurang anjal liang-liang pori akan kelihatan bertambah besar. Kemuncak kitaran ini apabila jumlah minyak pada liang pori di hujung folikel rambut juga tersumbat.

KESIMPULANNYA apabila minyak terkumpul di liang pori ditambah dengan kotoran dan sisa solekan liang pori itu menjadi tersumbat. Ini meregangkan pori (hilang keanjalan)dan menjadikannya kelihatan lebih besar. Sekiranya pori itu tersumbat, jerawat juga boleh berkembang.

Ia adalah mustahil untuk menghilangkan pori secara amnya, tetapi kebanyakan orang boleh mengurangkan/mengecilkannya. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah untuk memastikan kulit mereka tetap anjal dan pori-pori mereka tetap tidak tersumbat.

Disebabkan itu proses membersih dan mencuci wajah adalah langkah pertama dalam rutin penjagaan wajah seharian. Sekiranya anda tidak melakukannya dengan produk yang baik dan dengan cara yang tepat maka langkah seterusnya adalah sia-sia. Ketahui struktur sebenar kulit wajah, fahami fungsinya dan berikan apa yang ia perlu.

Simple je, tak nak pori kelihatan besar dan berminyak hanya bersihkannya dengan baik!!
#nadasutra #skincare #labtest #kkmapproved#hydrating #rejuvenating #firming #tightenin