Sis saya berusia penghujung 30an dan mengalami masalah jerawat yang tak pernah surut di dagu . Ada jerawat batu , ada jerawat mata dan kadangkala kecil-kecil tak bermata dan merah . Saya rungsing sebab ianya tak pernah surut . Kitaran haid saya juga tidak teratur . Namun saya tidak ada mengamalkan apa-apa vitamin , ubatan , pil perancang mahupun herba . Saya telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil . Saya terpaksa menggunakan foundation , primer dan concealer yang tebal untuk menutup jerawat di dagu saya sedangkan saya tidak begitu gemar bersolek sebenarnya . Ini menyusahkan saya memandangkan saya sentiasa sibuk dengan anak-anak . Minta pandangan sis mengenai masalah saya ini . .
P A N D A N G A N
Puan hendaklah SEGERA berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor . Doktor selalunya akan memberikan UBAT untuk jerawat tersebut serta ubat untuk menghilangkan parut . Selain itu , doktor tersebut juga akan membuat beberapa pemeriksaan untuk mencari PUNCA kitaran haid tidak sekata .
Apabila masalah tersebut dapat diselesaikan maka jerawat di dagu juga dapat ditangani dengan lebih baik .
Bahagian bawah dagu merupakan salah satu tempat yang sentiasa berminyak pada muka . Ini kerana terdapat BANYAK kelenjar sebum pada bahagian dagu . Apabila sebum dihasilkan secara BERLEBIHAN ia akan menyebabkan tercetusnya jerawat yang banyak di situ .
Selain MENGAMBIL ubat doktor , puan juga boleh mengamalkan teknik natural remedy dengan menyapu gel aloe vera yang asli kerana ia mengandungi vitamin E yang baik untuk kulit . Gosok jerawat di dagu dengan ice cube untuk bantunya agar segera mengecut dan meredakan kemerahan .
Puan juga harus memastikan KEBERSIHAN muka puan sentiasa terjaga selain mencuci muka untuk mengelakkannya daripada melekat kotoran dan berminyak . Permukaan yang berminyak akan menggalakkan lagi pembiakan bakteria . Double cleansing setiap hari dengan tepat .
Amalkan skin care yang mild dan gentle . Hentikan penggunaan primer ianya meradangkan lagi jerawat . Less is more dalam solekan . Jaga diet makan , waktu tidur dan puan perlukan "me time" untuk mengelakkan diri dari terlalu letih dan stress . Stress juga menggalakkan lagi pengeluaran jerawat . Elakkan dehidrasi dengan minum air masak sekurang-kurangnya dua liter setiap hari .