Kegunaan Lain Peluntur Pengilat Kuku Yang Bermanfaat

Gambar cat kuku ungu hitam

Peluntur atau penanggal penggilat kuku mungkin tidak akan sentiasa ada di setiap rumah. Tetapi, jika anda mempunyai satu di rumah, anda boleh menggunakan produk kecantikan ini untuk pelbagai kegunaan seperti berikut:

Anti 'super glue'
Adakah jari anda pernah terlekat dengan 'super glue' tanpa disengajakan? Jangan risau kerana penanggal pengilat kuku boleh menanggalkan 'super glue' tersebut tanpa menyakitkan kulit jari anda. Anda hanya cuma perlu melembapkan bebola kapas, dan sapukan pada permukaan kulit jari yang terkena 'super glue' itu untuk menghilangkannya.

Menghilangkan kesan kertas pelekat
Adakah salah seorang kawan anda pernah bergurau dengan meletakkan pelekat pada tingkap kereta anda atau pada mana-mana barang kesayangan anda? Tidak perlu bimbang kerana kesan/sisa pelekat tersebut boleh dihilangkan dan tampak seperti baru. Selepas anda menanggalkan pelekat tersebut, sapukan cecair penanggal pengilat kuku ke atasnya. Ia akan melarutkan sisa kesan yang melekit dan menghilangkannya.

Membersihkan papan kekunci komputer
Tidak kira betapa bersih tangan anda, habuk dan serpihan kotoran tetap akan melekat dan mengotorkan papan kekunci anda. Tetapi apa akan anda lakukan sekiranya tiada bahan pembersih untuk komputer? Anda boleh gunakan cecair untuk menanggalkan pengilat kuku. Celupkan bebola kapas ke dalam cecair penanggal pengilat kuku dan gosok perlahan-lahan pada papan kekunci. Senang, bukan?

Memadamkan kotoran degil pada lantai
Di atas lantai 'vinyl', kotoran boleh menjadi gangguan setiap hari. Untuk memadam dan menghilangkan ketidaksempurnaan ini, anda boleh gunakan cecair penanggal pengilat kuku ini dengan mencelupkan tuala atau kain buruk dan gosok.