Tuesday, March 4, 2014

SOYA MENCEGAH KANSER PAYUDARA

Pengambilan soya dalam menu seharian boleh mengurangkan risiko kanser payudara.


Ini terbukti apabila satu kajian secara klinikal yang telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payu Dara yang dilakukan oleh profesor di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang profesor dari Jabatan Biostatistik di Universiti Tokyo, Dr. Yasuo Ohashi.



Para saintis mendapati pengambilan soya dan susu kultur minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota, Yakult secara berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payu dara.



Bakteria dalam minuman itu dapat dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak di dalam usus,dan telah membantu penghadaman isoflavon yang ada dala, soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan kanser payu dara.



Walau bagaimana pun amalan ini hanyalah mencegah bagi wanita yang berisiko terutama jika ibu atau ibu saudara mereka pernah mengalami kanser payudara. Ia bukanlah kaedah rawatan untuk kanser payudara.