Wednesday, April 2, 2014

Terusan paling sempit di dunia: Corinth Canal,Greece














 




                                               

Corinth Canal yang terletak di Greece merupakan tarikan pelancong dengan seni bina yang sangat popular. Ia menghubungkan Teluk Corinth dengan Teluk Saronic di Laut Aegean.

 

 

 

 

 

Terusan ini diukir dan dikorek secara terus ke dalam batu. Ia mempunyai kepanjangan sehingga mencecah 4 batu panjang dan hanya 70 kaki lebar pada pangkalannya.

 

 

 



















Ini menghadkan banyak kapal moden dari menyeberangi terusan ini. Disebabkan kesempitan itu, terusan ini tidak digunakan secara kerap, tetapi ia adalah sebuah tempat yang sangat baik untuk kunjungan para pelancong.Dinding curam dengan air yang jernih menjadi satu daya tarikan yang besar bagi setiap lapisan masyarakat yang berkunjung ke situ.