Sebenarnya kulit muka menghasilkan minyak semula jadi untuk melindungi kulit daripada terlalu kering
Namun jika berlebihan, ia menyebabkan muka berminyak, mudah berjerawat dan masalah kulit muka hingga rasa kurang keyakinan pada diri
CARA PALING BERKESAN UNTUK JAGA KULIT KOMBINASI
1. GUNA PEMBERSIH MUKA YANG LEMBUT
Pilih pembersih muka yang mengandungi Portulaca Oleracea Extract , Cocamidopropyl-betaine , Propeylene Glycol
Kandungan ini sangat lembut dengan semua jenis kulit tambah lagi yang berminyak. Ia akan mengawal pengeluaran minyak berlebihan namun tidak mengeringkan
2. ELAK CUCI MUKA DENGAN BAHAN KASAR
Jika selama ini anda mencuci muka dengan kain, tuala atau span yang KASAR, hentikan!
Ia akan menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak kerana menggantikan minyak semula jadi yang hilang akibat mengguna bahan-bahan tersebut
3. CUCI MUKA PADA WAKTU SIANG DAN MALAM
Cuci muka sebaik bangun tidur dan sebelum tidur
Ia akan menstabilkan kadar pengeluaran minyak semulajadi di kulit muka
4. CUCI DENGAN AIR SUHU BILIK
Elak guna air panas untuk mencuci muka
Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan menambahkan lagi pengeluaran minyak di pores yang semakin terbuka
5. APPLY ESSENCE LEBIH DI BAHAGIAN YANG KERING
Pastikan penggunaan essence yang menyerap sehingga lapisan dalam memberi lembapan dengan menahan pengeluaran minyak berlebihan ke permukaan malah sesuai untuk kulit berjerawat
6. BAWA ‘ASTRINGENT PAD’
Jika anda tiada kesempatan untuk mencuci muka pada waktu tertentu, guna astringent pad kerana ia dapat membantu hilangkan kulit berminyak dengan pantas
7. PAKAI ‘CLAY MASK’
Amalkan penggunaan clay mask sebulan sekali
Ia mengeringkan kulit muka secara tak langsung membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan, letak di kawasan yang berminyak dan open pores saja
8. PILIH MOISTURIZER YANG MENGANDUNGI BUTYLENE GLYCOL DAN NIACINAMIDE
Butylene Glycol melembapkan kulit dan mudah menyerap
Niacinamide juga sangat bermanfaat bagi kulit berjerawat dan seimbangkan pHnya !