Nisbah lembapan kulit yang ideal :
60 peratus air
40 peratus minyak
Walaupun kulit mempunyai NMF (minyak semulajadi yang diperlukan oleh kulit wajah), ia mudah hilang. Antara penyebab utamanya :
1. Terdedah kepada cuaca panas
2. Terdedah kepada pendingin hawa atau cuaca yang terlalu sejuk dan kering.
3. Pencemaran udara
4. Penggunaan pencuci muka yang tidak sesuai
5. Tidak menggunakan produk yang berfungsi untuk melembapkan
6. Tidak menggunakan pelembap langsung !
Oleh itu, fungsi pelembap adalah untuk menggantikan NMF yang hilang
Pelembap yang digunakan juga perlu mengikut jenis kulit. Jenis kulit yang berbeza memerlukan lembapan tambahan yang berbeza. Pelembap juga penting sebelum bermekap. Kulit yang cukup lembap akan menghasilkan mekap yang kelihatan lebih berseri serta tahan lama. Solusi mengekalkan kelembapan semulajadi wajah :
1. Anda memerlukan pencuci wajah yang tidak mengeringkan
2. Anda memerlukan penyegar yang mampu mengekalkan lembapan hingga ke dalam lapisan kulit (dermis)
3. Anda perlu kunci kelembapan dengan pelembap yang bersesuaian mengikut jenis kulit contohnya krim untuk kulit kering , gel untuk kulit berminyak
4. Kurangkan penggunaan produk yang bebas kandungan alcohol tinggi seperti di dalam sunscreen , toner , penanggal makeup bukan saja untuk mengelak kehilangan air malah kesan buruk pada jangkamasa panjang
5. Perbanyakkan produk yang mengandungi HA - HYALURONIC ACID
6. Berhati-hati menggunakan minyak tea tree dan semua ubat/krim jerawat yang sangat mengeringkan dan agak kuat' . Penggunaan pada seluruh wajah adalah tidak baik sama sekali. Anda semakin mengasari kulit wajah yang telah pun cedera' !
PASTIKAN ANDA TAHU CARA MENGGUNAKAN SETIAP PRODUK DENGAN BETUL kerana sesetengah produk yang mengeringkan atau tidak bersesuaian dengan jenis kulit akan menimbulkan iritasi dan segera bersihkan